Saturday, May 29, 2010

T'shirt Kelas 4 Science 1 2010

Sesudah beberapa lama bersusah payah mendapatkan ilham, hari ni aku nak tunjukkan sesuatu.
Aku dah siapkan design T shirt kelas kita, aku cuma nak mintak pendapat korang sikit.

Warna T shirt adalah hijau muda macam yang kita telah sepakati. Sebenarnya kalau boleh aku nak ambik warna yang pastel. Warna yang lembut, tak berapa terang atau cair. Jadi, warna hijau pastel lah yang aku pilih. Tapi tak taulah kalau orang kedai takda warna ni, hehe, tengok jelah nanti.

 Aku nak tegaskan sikit, design T shirt ni berdasarkan prinsip aku sebenarnya, aku nak tonjolkan prinsip kelas, Simple and Clean. Kalau korang perasan lah, design ni simple, tiada corak floral, tiada kartun, tak serabut, dan masih mengekalkan sifat kreatif dan inovatif. Apa yang penting dalam design ini ialah mempunyai simbolik Biology (DNA) dan sifat Analitis (Analytical) Saintis (Magnifying Glass).

Details;
Design ni cuma kat depan je, belakang tiada. Tapi kalau ada permintaan, aku boleh design logo ke apa ke untuk diletakkan.
DNA tu mengandungi nama2 pelajar kelas kita. Aku letakkan nama-nama mata pelajaran yang kita ambik di sekeliling magnifying glass, kat tengah ada nama kelas.

Depan                                              Belakang

Details; 
Design kedua ni ada depan dan belakang. Hari tu aku dah tunjuk kat korang design pertama tadi. Ramai yang berpendapat suka dengan design belakang bentuk '4' ni kan? Jadi aku design balik yang depan, pastu letak '4' kat belakangnya.
DNA tu mengandungi nama mata pelajaran. Aku letakkan magnifying glass kat nama kelas 4 Science 1, buat dia nampak macam 'zoomed in'. Nama cikgu pun aku letak jugak atas permintaan ramai.

Kedua-dua design memang hampir sama tapi ada kelainan. Terpulanglah pada korang hendak memilih.